Bendera Melaka

Bendera Melaka

Wednesday 6 August 2014

ASSALAMUALAIKUM..

Mula sekali kami ingin memperkenalkan diri kami..Kami dari DNS1B...

KAMI IALAH :
  1. NUR AZIELA BT SUHAIMI (25DNS14F1044)
  2. NURALYANI AQIRA BINTI MOHAMED RAFEE (25DNS14F1072)
  3. NUR SYAZWANI BINTI MOHD SHAHRIMAN (25DBS14F1080)
  4. NUR IKHWANA BINTI MUHAMMAD NIZAM (25DNS14F1092)
Kami memilih tajuk untuk e-folio kami ialah FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ZAMAN KESULTAN MELAYU MELAKA. Kami harap isi yang kami sampaikan ini boleh difahami.

PENGENALAN


Islam telah bertapak di Melaka sekitar tahun 1400 Masihi pada akhir abad ke-13. Agama Islam berkembang di Melaka ketika negeri ini masih diperintah oleh Parasmewara. Pada abad ke-15, Melaka muncul sebagai pusat pengajian dan penyebaran agama islam di gugusan kepulauan melayu. Sultan Muzaffar Shah telah menjadikan agama islam sebagai agama rasmi di negeri Melaka. Ajaran agama islam telah disebarkan keseluruh jajahan negeri Melaka. Islam itu datang melalui perdagangan di mana  perniagaan disusuli dengan penyebaran Islam. Pendedahan Islam oleh golongan peniaga disambut baik oleh golongan pemerintah. Parameswara telah memeluk agama Islam lalu menukar namanya kepada Sultan Megat Iskandar Syah dan kemudian berkahwin dengan Puteri Pasai yang pada ketika itu sudah beragama Islam. Hubungan perkahwinan di antara dua kerajaan Islam ini meluaskan lagi aktiviti penyebaran Islam dan Melaka bertambah maju sehingga menjadi sebuah pusat pengajian Islam. Melaka dianggap sebagai empayar Islam Melayu yang terbesar sekali di timur pada abad kelima belas berikutan kedaulatan pemerintahan Islam Melaka yang meluas ke beberapa bahagian Tanah Melayu dan Sumatera.



FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ZAMAN KESULTAN MELAYU MELAKA

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan agama Islam di Melaka. Antarnya ialah:

1.  Perdagangan

  •      Melaka telah menjadi sebuah negara Islam hasil daripada kegiatan perdagangan.
  •      Setelah Melaka menjadi negara Islam, kegiatan dakwah diperluaskan pula ke Jawa dan Brunei melalui cara yang sama.
  •      Kemewahan yang dimiliki oleh saudagar-saudagar Islam telah menarik hati penduduk tempatan termasuk pihak pemerintah sendiri.
  • Mereka suka dan tertarik hati kepada saudagar Islam kerana kemakmurannya bergantung kepada perdagangan  yang  dibawa oleh saudagar tersebut.
  • Melaka juga menjadi pusat pengajaran Islam di Nusantara. Ini dapat dibuktikan dari Melakalah Islam berkembang ke Pulau Iawa.
  •  Ahli-ahli perniagaan Jawa beramai-ramai datang ke Melaka menjalankan perniagaan dan ada di antaranya menerima Islam. Sekembalinya mereka ke Jawa, saudagar-saudagar tadi berusaha memperkenalkan Islam di Jawa. Akhirnya atas usaha saudagar-saudagar tadi, Islam telah berkembang di Jawa. Lantaran itu ramai yang berpendapat Jawa diislamkan oleh Melaka.
  • Teori bagaimana Islam disebarkan ke alam Melayu telah dikemukakan oleh beberapa orang sarjana Barat.
  •  Teori yang tertua sekali menyatakan bahawa agama Islam disiarkan ke alam Melayu melalui saluran perdagangan seperti yang telah dikemukakan oleh Tom Pires pada tahun 1515. Teori ini menyatakan bahawa proses islamisasi di kepulauan Melayu dilakukan secara aman oleh pedagang-pedagang  yang tinggal di beberapa tempat dan berkahwin dengan wanita-wanita setempat.
  • N. Krom berpegang kepada pendapat yang sama dan beliau menekankan tentang persamaan di antara proses islamisasi dengan proses penyebaran agama Hindu di alam Melayu sebelum kedatangan agama Islam. Beliau juga berpendapat bahawa penyebaran agama Islam itu dilakukan oleh pedagang-pedagang  Islam.
  • Y.H. Kern juga berpegang kepada teori yang sama dan menambah bahawa, apabila peniaga-peniaga yang kaya telah berkahwin dengan keluarga pemerintah setempat, sedikit demi sedikit mereka  dapat menguasai politik negeri berkenaan.
  •  Menurut catatan China, pedagang-pedagang Islam sudah ada di kawasan perairan Melayu semenjak pertengahan abad ke-7 lagi.
  •  Pedagang-pedagang Islam dipercayai telah mendirikan koloni-koloni mereka di perairan Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera untuk menjalankan kegiatan perdagangan
  •  Selain menjadi perdagangan, saudagar-saudagar tersebut juga menjalankan kegiatan dakwah di kawasan-kawasan yang disinggahi. Ada di antara mereka yang tidak menjalankan kegiatan dakwah tetapi telah memberikan kemudahan kepada golongan pendakwah yang berkhidmat secara langsung dengan mengizinkan pendakwah menaiki kapal-kapal mereka bagi menyebarkan dakwah dari satu pelabuhan ke pelabuhan yang lain. Dengan cara ini Islam dengan cepat tersebar di Nusantara.
    
    2.  Perkahwinan

  •     Perkahwinan adalah faktor utama perkembangan Islam di Nusantara.
  •    Agama islam dikembangkan menerusi ikatan perkahwinan diraja .
  •    Raja-raja dari negeri lain berkahwin dengan puteri-puteri sultan Melaka selepas memeluk agama islam.
  •     Proses ini dipanggil perkahwinan sasah.
  •    Proses ini turut membantu penyebaran Islam ke sesebuah Negara.
    •  Sebagai contoh seperti perkahwinan Puteri Pasai sengan Megat Iskandar Syah telah menyebabkan Islam tersebar ke Melaka      
  • Agama islam bertambah kukuh apabila ramai saudagar yang beragama Islam berkahwin dengan wanita Melaka.
  •     Perhubungan keluarga telah memudahkan para perdagang islam berdakwah secara terus denagn kaum kerabat mereka sendiri :
    • Selepas perkahwinan saudagar-saudagar tadi memperkembangkan agama Islam pada:
      •  Isteri
      •  Keluarga isteri
      •  Masyarakat tempatan
  •  Apabila raja-raja dan pembesar-pembesar menerima Islam dengan mudah, Islam dengan cepat ia berkembang di kalangan rakyat bawahan.
  •     Melaka sebagai pusat perkembangan agama Islam yang utama, dapat mengembangkan di tanah-tanah jajahan takluk nya seperti:
    • Siak
    • Inderakiri
    •  Rokan
    •  Pahang
    •  Perak
  •   Perkahwinan Isalam yang kaya dengan keluarga diraja setempat telah menjadi faktor utama dalam penyebaran islam ke seluruh alam melayu.


     3.  Perluasan kuasa dan faktor politik
  •  Melaka telah menduduki banyak daerah dari negeri di Semenanjung dan juga Sumatera seperti:
    •  Pahang 
    •  Kedah
    •  Siak
    •  Rokan
  •   Melalui penaklukan ini, Islam telah disebarkan ke negeri-negeri tersebut.
  •     Di zaman kekuatan Melaka dahulu, melalui naungan yang diberikan terhadap tanah-tanah jajahanya ia telah menyelamatkan negeri-negeri tersebur dari jatuh ke tangan kuasa-kuasa Kristian.
  •     Sarjana Barat iaitu Van Leur mengemukakan teorinya yang mengatakan bahawa proses islamisasi di kepulauan Melayu disokong oleh situasi politik dan juga motif politik.
  •     Melaka dikatakan menganut agama islam kerana mendapat sokongan perdagang-perdagang Islam.
  •     Kerajaan-kerajaan Islam yang baru, memerlu sokongan orang Islam untuk mempertahankan kerajaan mereka yang bercorak Isalam.
  •     Van Leur cuba menumpukan faktor-faktor politik dan ekonomi yang menjadi dorongan kuat untuk kerajaan Melayu menganut agama Islam.         

      4.  Ajaran Islam yang mudah
  •     Orang melayu secara beramai-ramai suka rela memeluk Islam adalah disebabkan ajaran yang elok dan keadilan sejagat yang menghapuskan sistem kasta dalam umat manusia yang dibawa oleh Islam.
  •    Keadilan dan kebebasan yang tidak membezakaan warna kulit dan darah keturunan , menarik minat mereka dalam menghapuskan jurang pemisah dalam serata masyarakat ketika itu.
  •     Islam menekankan cara pergaulan yang baik, cara berpakaian, makan dan sebagainya.
  •    Ajaran Islam menganjurkan kebersihan dari kesucian jasmani dan rohani, ia diaggap sebahagian dari iman.
  •    Aspek ajaran Islam itu lebih mudah telah menyebabkan agama Islam akhirnya dapat mengatasi perkembangan  agama Hindu.


           5.  Kesusasteraan
  •     Mayarakat telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa gabungan utama.
  •     Dengan adanya satu bahasa kegiatan menyebarkan islam menjadi lebih mudah dan lancar.
  •     Kedatangan Islam telah meperkenalkan tulisan jawi.
  •     Dengan adanya tulisan jawi, dapat memudahkan para ulama dan pendakwah mengajar tentang ilmu yang berkaitan dengan Islam kerana meereka dapat menguasai tulisan jawi.
  •     Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan mereka.
  •     Terdapat hasil-hasil sastera Islam berdasarkan kepada cerita-cerita nabi, perwira-perwira Islam dan sebagainya.
  •     Pegaruh agama Islam tersiar dengan meluas dan berjaya dijadikan satu pegangan yang teguh dan kuat sehingga mengkagumkan mubaligh-mubaligh Kristian yang gagal menjalankan usaha mereka.
  •     Beberapa tokoh karyawan dan ulama luar serta tempatan telah menghasilkan karya-karya yang berunsur Islam sama ada dalam bentuk asli atau terjemahan.
  •     Karya-karya ini mengandungi pelbagai unsur yang boleh mendekatkan kefahaman pembacanya kepada ajaran Islam.


      6. Peranan ahli tasawuf, sufi dan pendakwah
  • Kurun ke 14 penyebaran agama Islam  telah disekat oleh Majapahit, Negara Hindu  yang berakhir dan terbesar sekali di Tenggara Asia dengan berpecahnya Majapahit, Islam telah mulai tersebar semula dengan cepatnya.
  •  Bukti-bukti  ialah:
    •  Mu’awiyah bin Abu Sufyan, iaitu Khalifah pertama Kerajaan Bani Umayyah telah menghubungi Ratu Sima di Jawa pada tahun 674M.
    •  Khalifah Umar Abdul Aziz, usaha-usaha dakwah Islamiah menampakkan hasil apabila baeliu Berjaya mengislamkan Srindravaman Raja Srivijaya di Jambi pada tahun 718M.


    7. Kesan Perang Salib

  •      Perang ini berlaku pada abad ke-11 hingga ke-13.
    • Perang Salib 1 ( 1096-1099M)
    • Perang Salib 2 (1147-1149M)
    • Perang Salib 3 (1189-1192M)
    • Perang Salib 4 (1240-1249M)
    •  Perang Salib 5 (1218-1221M)
    • Perang Salib 6 (1228-1229M)
    • Perang Salib 7 (1240-1249M)
  • Akibat dari perang salib, kedua-dua belah pihak sama ada Islam atau Kristian telah berlumba-lumba mengukuhkan kedudukan dan menjaga kepentingan mereka di timur.
  •   Saudagar-saudagar Islam telah berusaha bersungguh-sungguh untuk meluaskan pengaruh mereka dengan mengembangkan agama Islam.
  •     Orang-orang Kristian juga membuat perkara yang sama dengan saudagar-saudagar Islam contohnya:
    • Orang-orang Kristian mempunyai matlamat mengkristiankan masyarakat Timur.
  •  Tujuannya ialah menhhapuskan agama Islam dan mengembangkan agama Kristian tapi gagal, kecuali di kepulauan Philipina dan Pulau Ambon.
  •     Orang-orang Barat mulai menggunakan kekerasan untuk mencapai tujuan mereka.
  •     Walau bagaimanapun sejarah telah membuktikan yang agama Islam telah berjaya tersebar luas dengan pelbagai cara.
  •     Faktor saigan yang berlaku di Asia Barat dan di Semenanjung Ibena telah mendorong  semangat penyebaran agama Islam. Keadaan ini, dianggap sebagai satu usaha utuk menahan pengaruh agama Kristian.


     8.  Perasaan anti sistem kasta
  •     Berbanding dengan ajaran Islam, agama Hindu sangat mementingkan status atau menekan konsep kasta.
  •     Masyarakat Hindu dibahagikan kepada taraf yang berbeza-beza seperti:
    • Kasta tinggi (Brahmin)
    • Kasta sederhana (Kesyatria dan Vaisya)
    • Kasta rendah (Paria)
  •  Ahli-ahli sosioloji moden menjelaskan bahawa lahirnya sentimen pro-Islam yang mendalam di kalangan penganut  Islam di kawasan bandar adalah dipengaruhi dengan kuatnya oleh perasaan anti sistem kasta.
  • Memeluk agama Islam adalah cara yang berkesan untuk membebaskan  mereka dari berlenggu kasta.


          9.  Pengaruh pemerintah
  •     Agama Islam mula berkembang di Nusantara telah mendapat tempat di kalangan raja dan pembesar.
  •     Pengislman raja-raja telah membantu perlembagaan Islam.
  •     Masyarakat Melayu terkenal sebagai masyarakat yang taat kepada raja.
  •     Masyarakat mudah terpengaruh dengan perbuatan dan kata-kata raja.
  •     Kata-kata raja dianggap undang-undang muktamad.
  •     Apabila raja dan pembesar sesebuah negeri menganut agama Islam, secara langsung rakyat jelata turut mengikut jejak langkah raja dan pembesar mereka.



KESIMPUALAN



Agama Islam tersebar luas bukan hanya di Melaka tetapi negeri-negeri lain juga seperti Johor dan Kedah kerana ianya adalah satu agama yang senang diterima oleh pihak umum seperti pihak atasan mahupun pihak bawahan .Kesimpualanya kami dapat mengetahui dan mempelajari tentang faktor-faktor perkembangan Isalam di zaman kesultanan melayu Melaka. Sedikit sebanyak kami dapat mengetahui bagaimana Islam berkembang di Melaka pada zaman kesultanan melayu. 

RUJUKAN

        1.  Buku : Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) 1991
        2.  Internet: 

  •        http://shamsiahzahira-kt.blogspot.com/2009/05/melaka-sebagai-pusat-penyebaran-agama.html
  •       http://zunnulmisr.blogspot.com/2011/03/islam-di-melaka-sejarah-awal-kedatangan.html
  •        http://www.academia.edu/5439990/FAKTOR-FAKTOR_PERKEMBANGAN_ISLAM_DI_NUSANTARA