Bendera Melaka

Bendera Melaka

Wednesday 6 August 2014

PENGENALAN


Islam telah bertapak di Melaka sekitar tahun 1400 Masihi pada akhir abad ke-13. Agama Islam berkembang di Melaka ketika negeri ini masih diperintah oleh Parasmewara. Pada abad ke-15, Melaka muncul sebagai pusat pengajian dan penyebaran agama islam di gugusan kepulauan melayu. Sultan Muzaffar Shah telah menjadikan agama islam sebagai agama rasmi di negeri Melaka. Ajaran agama islam telah disebarkan keseluruh jajahan negeri Melaka. Islam itu datang melalui perdagangan di mana  perniagaan disusuli dengan penyebaran Islam. Pendedahan Islam oleh golongan peniaga disambut baik oleh golongan pemerintah. Parameswara telah memeluk agama Islam lalu menukar namanya kepada Sultan Megat Iskandar Syah dan kemudian berkahwin dengan Puteri Pasai yang pada ketika itu sudah beragama Islam. Hubungan perkahwinan di antara dua kerajaan Islam ini meluaskan lagi aktiviti penyebaran Islam dan Melaka bertambah maju sehingga menjadi sebuah pusat pengajian Islam. Melaka dianggap sebagai empayar Islam Melayu yang terbesar sekali di timur pada abad kelima belas berikutan kedaulatan pemerintahan Islam Melaka yang meluas ke beberapa bahagian Tanah Melayu dan Sumatera.



No comments:

Post a Comment